Langkah-langkah membentuk keluarga Bahagia ( ̄∇ ̄) Baru-baru ini, isu langkah-langkah membentuk keluarga bahagia menjadi buah mulut dalam k...

Training My BM Esei -3-

11:36 PM Victorylim 0 Comments

Langkah-langkah membentuk keluarga Bahagia ( ̄∇ ̄)

Baru-baru ini, isu langkah-langkah membentuk keluarga bahagia menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat di negara kita. Isu langkah-langkah membentuk keluarga bahagia bukan masalah yang baharu tetapi telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Pada pandangan saya, isu membentuk keluarga bahagia ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia dapat memberikan kesan kepada masyarakat dan negara dalam jangka masa panjang. Oleh yang demikian langkah-langkah untuk pembentuk keluarga bahagia perlu dilaksanakan oleh heterogen (pelbagai) pihak demi kebaikan bersama. Persoalannya, apakah langkah-langkah membentuk keluarga bahagia di negara kita? 


          Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia.   Hal ini kerana ibu bapa boleh merancang dan membuat tindakan untuk membolehkan keluarga mereka hidup bahagia. Contohnya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Jika anak-anak kerap dimarahi ibu bapa, mereka akan berasa tidak disayangi lalu mencari jalan keluar dengan lari dari rumah dan berkawan dengan remaja yang juga bermasalah.Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak pada setiap masa. 

          Selain itu, ibu bapa juga sewajarnya menyediakan keperluan asas kepada anak-anak. Antara keperluan asasyang diperlukan kepada anak-anak ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan asas, akan menyebabkan anak-anak menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa perlu berbincang dan mencari jalan untuk menyediakan keperluan asas yang secukup kepada anak-anak mereka. 

          Di samping itu, Ibu bapa juga mesti memberikan pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak adalah pendidikan keagamaan dan keduniaan. Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi untuk mendapat pekerjaan yang sepatutnya. Apabila mereka cemerlang dalam pelajaran, mereka akan mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan untuk menyara diri dan membentuk sebuah keluarga bahagia setelah mreka berkahwin.

          Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam pembentukan  keluarga bahagia. Anak-anak mesti menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain, Kasih sayang kepada ibu bapa bolah ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Anak-anak juga mesti taat kepada suruhan ibu bapa dan membantu keluarga dalam rutin harian keluarga. Selain itu, anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makanan pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga.

          Seterunya, anak-anak mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam keluarga. Anak-anak mesti bersikap jujur dan tidak mencuri barang berharga dalam rumah. Perbuatan mencuri patut dijauhi kerana perbuatan ini akan menjejas maruah keluarga. Jika ada cuti dan wang yang lebih, anak-anak boleh membawa ibu dan bapa melancong di dalam atau di luar negara, ibu bapa berasa seronok apabila bercuti bersama dengan anak-anak. Percutian keluarga ini pasti dapat menggembirakan ibu bapa dan mereka akan terasa dihargai oleh anak-anak.Setelah pulang daripada bercuti, ibu bapa akan berasa lebih tanang dan bahagia. 

          Pihak Kerajaan juga bolah memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan program-program ke arah pembentukan keluarga bahagaia. Pihak kerajaan juga bolah menjalankan Kempen Keluarga Bahagia melalui stesen televisyan dan radio yang dimilikinya. Usaha ke arah pembentukan keluarga bahagia ini mesti dibuat secara berterusan supaya ia dapat mendatangkan kesan positif yang berpanjangan. 

          Kesimpulannnya, heterogen insiatif boleh dilaksanakan untuk memastikan isu langkah-langkah membentuk keluarga bahagia dapat dijayakanOleh itu, semua pihak mesti berganding bahu "bagai aur dengan tebing" untuk menjayakan perkara ini. Perihal ini penting untuk memastikan keluarga bahagia. Kejayaan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab ini akan memberikan kesan positif kepada masa depan anak-anak mereka. Anak-anak pula perlu menjalankan tanggungjawab yang diberi kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya keluarga yang bahagia akan mendatangkan kebahagian kepada masyarakat dan seterusnya wujudlah keharmonian dalam negara. 



If you're really read all this BM Essay, You're really pro now.....lol xDD

0 评论: